Wednesday, January 25, 2012

SEBUTHARGA MPJBT

Sebutharga Kelas F dan E di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Tutup: 30/1/2012.
http://www.mpjbt.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=e319b6de-31e4-4c06-b087-c60c18bce72b&groupI
www.mpjbt.gov.my

Wednesday, January 18, 2012

PAMERAN e CONSTRUCTION 2012

Kesemua ahli-ahli PKMMNJ dijemput ke Pameran e.construction 2012 enabled by CIDB 1BINA bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di KLCC. Pameran ini merupakan pameran pertama yang menggabungkan elemen teknologi maklumat dalam industri pembinaan. Pameran ini akan berlangsung dari 14 hingga 16 Februari 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk makluman, para pengunjung akan memperolehi 5 mata CCD dengan syarat mendaftar kehadiran di gerai CIDB (Gerai berwarna kuning). Maklumat lanjut, sila hubungi Puan Siti Norsoleha Azmi di talian - 03-26987751 (Sambungan 149).

TAKLIMAT PEMBIAYAAN IKHTIAR FACTORING

TAKLIMAT PEMBIAYAAN KONTRAK DAN PESANAN KERAJAAN-KHAS BAGI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN, KONTRAKTOR PEMBINAAN DAN PEMBEKAL-PEMBEKAL (VENDOR) KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa IKHTIAR FACTORING SDN BHD ingin menjemput Yang Berbahagia Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri sesi taklimat pembiayaan kontrak dan pesanan kerajaan. Taklimat ini adalah khusus bagi kontraktor pembekalan, kontraktor binaan dan perkhidmatan bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Program yang dijadualkan adalah seperti berikut:-

TARIKH: 27 JANUARI 2012
TEMPAT: TRAINING ROOM NANING 1, HOTEL SERI MALAYSIA, LEBOH AYER KEROH, MELAKA
MASA: SESI I : 8.00 PAGI – 12.30 PETANG / SESI 11 : 2.30PETANG – 5.00 PETANG

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan IKHTIAR FACTORING SDN BHD dan Skim Pembiayaan Kontrak dan Pesanan Kerajaan yang di tawarkan kepada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dari kerajaan & GLC.

Pihak kami menawarkan pembiayaan kontrak merangkumi :-

• SURAT KREDIT (LC)
• JAMINAN BANK/ BON PELAKSANAAN
• SURAT SOKONGAN TENDER
• PEMFAKTORAN
• INITIAL WORKING CAPITAL
• ADVANCE PAYMENT BOND
• INSURANCE GUARANTEE
• LETTER OF UNDERTAKING

Tuan digalakkan menghadirkan diri di samping membawa dokumen-dokumen syarikat dan projek berkenaan. Ini adalah kerana pendaftaran boleh dimulakan terus bagi mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan. Disamping itu juga, peluang ini boleh digunakan untuk pihak tuan membuat sebarang pertanyaan secara langsung mengenai skim pembiayaan kontrak kami.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati menjemput YB.Tan Sri/ Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri taklimat tersebut pada tarikh dan masa yang tertera di atas.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Siti Haslina Hassan atau Siti Fatimah Yaakop Di talian 03-4024 6200 / 4024 2500. Terima Kasih.Wasalam/Sekian.