SESI TAKLIMAT PELUANG-PELUANG PAKEJ KERJA BAGI PROJEK-PROJEK LEBUHRAYA DI BAWAH SELIAAN LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA DI BAWAH INISIATIF ‘CARVE-OUT & COMPETE’
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Peneraju Agenda Bumiputera Jabatan Perdana Menteri (TERAJU) ingin menjemput pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi taklimat peluang-peluang pakej kerja bagi projek-projek lebuhraya di bawah seliaan Lembaga Lebuh Raya Malaysia di bawah inisiatif program Carve-Out & Compete, TERAJU bersempena Majlis Pelancaran ‘Memacu Agenda Bumiputera 2017’ yang akan diadakan pada 18 dan 19 April 2017 di Hall 1 & 2, Aras 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
3. Sesi taklimat yang akan diadakan bertujuan untuk memastikan syarikat-syarikat Bumiputera mendapat pendedahan awal dan penerangan terperinci mengenai projek-projek lebuhraya yang sedang dan akan dilaksanakan di samping mendapat maklumat mengenai kriteria kelayakan mengikut saiz pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat.
4. Sehubungan itu, pihak TERAJU dengan segala hormatnya ingin menjemput YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi di atas seperti di ketetapan berikut :
TARIKH : 19 APRIL 2017 (RABU)
MASA : 8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : ARAS 3, BANQUET HALL, PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR.
NAMA PROJEK : 1. SETIAWANGSA – PANTAI EXPRESSWAY (SPE)
2. WEST COAST EXPRESSWAY (TAIPING BANTING)(WCE)
3. EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY (EKVE)
4. DAMANSARA SHAH ALAM ELEVATED EXPRESSWAY (DASH)
5. LEBUHRAYA SUNGEI BESI- ULU KLANG ELEVATED EXPRESSWAY (SUKE)
6. MAJU EKSPRESS HIGHWAY 2 (MEX 2)
Sila rujuk Agenda di Lampiran B
5. Adalah diharapkan pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dapat menghadirkan diri ke sesi berkenaan dan pihak kami memohon mengesahkan kehadiran dengan mengembalikan borang pengesahan kehadiran seperti di Lampiran C melalui email atau click RSVP sebelum atau pada hari Selasa, 11 April 2017.
6. Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Wan Sazriz Wan Zaid (No Tel: 03-7839 8091/ E-mel: sazriz@teraju.gov.my) atau Puan Farisyah Fahmi Ibrahim (No Tel: 03-7839 8069/ E-mel: farisyah@teraju.gov.my). Kerjasama daripada YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.