NOTIS PEMBERITAHUAN
SISTEM ONLINE CIDB DITUTUP SEMENTARA 23 JUN – 3 JULAI
CIDB Malaysia akan memperkenalkan sistem permohonan atas talian yang baru untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatannya. Sistem Pengurusan Maklumat Setempat (Centralised Information Management System - CIMS) itu akan diperkenalkan pada 4 Julai 2017.
Oleh yang demikian, semua proses permohonan dan transaksi atas talian akan ditutup bermula 23 Jun 2017, jam 6 petang untuk proses migrasi data dan akan dibuka semula pada 4 Julai 2017.
Sila hubungi CIDB Careline pada talian 1-300-88-2432 untuk sebarang pertanyaan.
Bahagian Komunikasi Korporat
CIDB Malaysia