LAPORAN KEMAJUAN KERJA PROJEK KENDALIAN KOMEJ |
Friday, 30 September 2011 12:38 | |||||||||||||||||
Syarikat Konsortium Kontraktor Melayu Johor Berhad (KOMEJ), dimana Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor sebagai pemegang saham terbesar telah memperolehi projek di daerah Segamat, Johor. Syarikat Komej telah memiliki tapak projek “Cadangan Menaiktaraf Jalan Tumang, Fasa 1, Daerah Segamat” mulai pada 3 Jun 2011. Projek yang bernilai RM 16.7 juta ini dijadualkan siap sepenuhnya dalam jangka masa 104 minggu atau tarikh akhirnya pada 30 Mei 2013. Sehingga hari ini (29 September 2011), kemajuan kerja di tapak projek telah mencecah angka 13 % iaitu melebehi 1 % dari jadual kerja. Pihak Pengurusan Tertinggi KOMEJ berserta pihak pengurusan tapak sedang berusaha meningkatkan keupayaan dari sudut kerja berpasukan dan kepakaran teknikal untuk memastikan peratus kemajuan kerja sebenar di tapak bina mendahului peratusan jadual kerja sedia ada. Berikut adalah gambar-gambar kemajuan kerja di tapak binaan Jalan Tumang, Segamat.
| |||||||||||||||||
No comments:
Post a Comment