Thursday, October 27, 2011

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DATO' PRESIDEN PKMM

PKMMNJ akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Yang Berbahagia Dato' Haji Mokhtar Samad, Presiden PKMM pada 30 Oktober 2011 jam 10.30 pagi bertempat di Balairaya Kampung Melayu, Jalan Penghulu Kassim, 86000 Kluang, Johor (Berhampiran Perhentian Bas/Teksi Bandar Kluang). Selain dari majlis ramah mesra, sesi dialog diantara ahli-ahli PKMMNJ dan Dato' Presiden PKMM juga turut diadakan. Kesemua ahli-ahli PKMMNJ dengan segala hormat ta'zimnya dipersilakan hadir.

Thursday, October 6, 2011

LAPORAN PROJRK KENDALIAN KOMEJ

LAPORAN KEMAJUAN KERJA PROJEK KENDALIAN KOMEJPDFPrintE-mail

Friday, 30 September 2011 12:38

Syarikat Konsortium Kontraktor Melayu Johor Berhad (KOMEJ), dimana Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor sebagai pemegang saham terbesar telah memperolehi projek di daerah Segamat, Johor. Syarikat Komej telah memiliki tapak projek “Cadangan Menaiktaraf Jalan Tumang, Fasa 1, Daerah Segamat” mulai pada 3 Jun 2011. Projek yang bernilai RM 16.7 juta ini dijadualkan siap sepenuhnya dalam jangka masa 104 minggu atau tarikh akhirnya pada 30 Mei 2013.

Sehingga hari ini (29 September 2011), kemajuan kerja di tapak projek telah mencecah angka 13 % iaitu melebehi 1 % dari jadual kerja. Pihak Pengurusan Tertinggi KOMEJ berserta pihak pengurusan tapak sedang berusaha meningkatkan keupayaan dari sudut kerja berpasukan dan kepakaran teknikal untuk memastikan peratus kemajuan kerja sebenar di tapak bina mendahului peratusan jadual kerja sedia ada.

Berikut adalah gambar-gambar kemajuan kerja di tapak binaan Jalan Tumang, Segamat.

tmg 1

tmg 2tmg 3
tmg 4tmg 5
tmg 6tmg 7
tmg 8tmg 9
tmg 10tmg 11

JAMUAN RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI PKMMNJ 2011

JAMUAN HARI RAYA PKMMNJ 2011PDFPrintE-mail

Monday, 05 September 2011 17:17

22 September 2011 – Bertempat di Dewan Jubli Intan, Jalan Omar, Batu Pahat, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor, telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri 1432 H. Pada tahun ini, PKMMNJ Perhubungan Daerah Batu Pahat yang diketuai oleh Tuan Haji Sadikin bin Paijo telah diberi kepercayaan bagi mengelolakan Rumah Terbuka PKMMNJ. Selain dari barisan kepimpinan PKMM Negeri Johor dan barisan kepimpinan PKMM Daerah, Rumah Terbuka ini juga turut dikunjungi oleh Ketua-Ketua Jabatan dalam daerah Batu Pahat. Antara yang hadir termasuklah Tuan Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, wakil kepada YB Dato’ Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Mahadon bin Marnin, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat, Tuan Adnan bin Azizul, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Syazali, Imam Besar Masjid Sultan Ismail Batu Pahat dan lain-lain lagi. Kehadiran seramai 400 orang tetamu menambahkan kemeriahan Majlis yang diadakan.

1
Tuan Ir. Haji Mahmood bin Amir, Yang DiPertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor sedang menyampaikan
ucapan ‘salam aidilfitri’ kepada tetamu yang telah sudi meluangkan masa bagi menghadiri Majlis pada hari ini.

2
Wakil rasmi kepada YB Dato’ Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, menyampaikan salam ta’zim dari
YB Dato’ Abdul Razak Hassan dan seterusnya mengucapkan ‘salam aidilfitri kepada semua tetamu yang hadir

34
5 6
Antara tetamu-tetamu kenamaan yang telah menghadirkan diri di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1432 H Persatuan
Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor

7 8 9
101112
131415
Sekitar peristiwa bergambar suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor bagi tahun
2011 / 1432 H yang telah diadakan pada 22 September 2011 bertempat di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.

KUNJUNGAN MESRA KEATAS YAB MENTERI BESAR JOHOR

KUNJUNGAN MESRA KE ATAS YAB DATO’ MENTERI BESAR JOHORPDFPrintE-mail
Monday, 18 July 2011 09:46

15 Julai 2011 – Barisan kepimpinan yang terdiri dari Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor telah melakukan kunjungan mesra ke atas Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. Kunjungan tersebut berlangsung selama hampir setengah jam bertempat di Rumah VIP Ledang. Hampir kesemua perkara yang dibincangkan sebagaimana keputusan Mesyuarat Jawatankuada PKMMNJ bertarikh 12 Julai 2011, telah mendapat maklumbalas yang amat positif dari Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman. Maklumbalas positif dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor secara tidak langsung telah membolehkan Tuan Yang DiPertua dan rakan-rakan barisan pengurusan PKMMNJ mengambil tindakan selanjutnya bagi menjayakan misi dan visi PKMMNJ pada hari ini dan di masa-masa yang akan datang,

mb1
Yang Di Pertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor, Tuan Ir. Haji Mahmood bin Amir, sedang mengadakan
perbincangan dan bertukar-tukar pendapat dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar
Johor ketika melakukan kujungan mesra ke atas YAB Dato; Menteri Besar Johor di Rumah VIP Daerah Ledang, Johor.

mb2 mb3
(Gambar kiri) Jawatankuasa Pengurusan PKMMNJ sedang berbincang dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani
bin Othman, Menteri Besar Johor. Kelihatan (duduk dari kanan), Tuan Haji Zainal bin Md. Said, Bendahari Kehormat PKMMNJ,
Encik Abdul Latif bin Haji Bandi, Timbalan YDP PKMMNJ, Tuan Ir. Haji Mahmood bin Amir, YDP PKMMNJ dan YAB Dato’ Menteri
Besar Johor. (Gambar kanan) YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, sedang tekun mendengar pendapat dan pandangan
dari Tuan Ir. Haji Mahmood bin Amir, Yang DiPertua PKMMNJ