Wednesday, December 12, 2012

YURAN KEAHLIAN PKMMNJ 2012


Ahli-ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) yang masih belum menjelaskan bayaran yuran tahunan keahlian bagi tahun 2012, bolehlah menjelaskan bayaran tersebut pada atau sebelum 31 Disember 2012.

Bayaran boleh dibuat melalui cek atau transaksi bank kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia N
egeri Johor, no. akaun 010 500 11 704056 (CIMB). Sila faxkan salinan resit bayaran berserta nama ahli yang membayar ke pejabat Persatuan bagi tujuan mengemaskini rekod yuran keahlian. No. Fax pejabat PKMMNJ ; 07-4352082.

Perhatian dan kerjasama ahli-ahli berhubung perkara di atas adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Monday, December 3, 2012

TAKLIMAT PKK JOHOR 13/12/2012

Seminar peluang projek kerajaan dan taklimat isu taraf bumiputera anjuran Pusat Khidmat Kontraktor Johor, akan diadakan pada 13 Disember 2012 bertempat di Dewan Audiotorium. Bangunan Jotic, Johor Bahru. Peserta akan dianugerahkan 10 mata CCD. Bilangan penyertaan adalah terhad & yuran penyertaan sebanyak RM 50.00. Yang berminat, sila hubungi PKK Johor di talian : 07-2238012

MESYUARAT AGUNG KKMJB - 5/12/2012

Syarikat Konsortium Kontraktor Melayu Johor Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali yang ke 13, pada jam 10.00 pagi, 5 Disember 2012, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru. Kesemua pemegang-pemegang saham KOMEJ dipersilakan hadir.