Sunday, December 25, 2016

Kursus kad hijau

PKMM Daerah.Tangkak akan mengadakan KURSUS KAD HIJAU pada 13.01.2017 (jumaat) jam 9.00pg - 3.00ptg
Tempat : Pejabat KOPMEL, No.166, Tkt.Bawah, Jln Muar, Tangkak
Bayaran : RM 120.00  sorg...Berminat sila hubungi Pn.Sarina ditalian 019-6265928 @ 06-9783719...tempat terhad.

Thursday, November 3, 2016

One Build Malaysia

Visit OneBuild-Malaysia's Largest Construction Event!Open at 10am-6pm from tomorrow to this Saturday (3-5 Nov) at KL Convention Centre

Monday, September 19, 2016

Kursus CIDB

Kursus CIDB anjuran  PKMM MERSING di kem telok imam mersing Bermula 19 sept hnga 23 sept di resmikan  oleh encik Jamil Hasni Abdullah YDP MD mersing ...

Saturday, September 3, 2016

Mesyuarat AJK PKMMNJ

Mesyuarat Jawatankuasa & Pengerusi Daerah PKMMNJ (Sesi 2016-2019) kali yang kedua, akan diadakan pada jam 10.00am, 14/6/2016 (Selasa) di Wisma PKMMNJ, Tmn U, JB. Pengukuran baju akan dibuat pada hari tersebut. Y.bhg Dato'/Tuan/Puan dipersilakan hadir.

Manakala mesyuarat / perjumpaan diantara JK Pengurusan PKMMNJ dgn Pengerusi biro kelas G1&G2 dan Pengerusi biro Wanita Negeri dan Daerah-Daerah akan diadakan pd jam 11.00 am pd tarikh dan tempat yang sama.

Terima kasih.
S.k : YDP

Mesyuarat Ajk PKMM Daerah JB

Mesyuarat Ajk PKMM Daerah JB akan diadakan pada jam 10 pg, 6/9/16 bertempat di Bilek Mesyuarat, Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, Skudai. Kehadiran di hargai

Wednesday, August 3, 2016

TRANSFORMASI KONTRAKTOR BUMIPUTERA: MENEROBOS SEMPADAN DIRI USAHAWAN BINAAN BERWAWASAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KONTRAKTOR DAN USAHAWAN NEGERI JOHOR

Kontraktor Bumiputera adalah dijemput untuk menyertai kursus;

TRANSFORMASI KONTRAKTOR BUMIPUTERA: MENEROBOS SEMPADAN DIRI USAHAWAN BINAAN BERWAWASAN

Pada hari:
12hb Ogos 2016 (Jumaat)
Masa:
 7.30pagi - 6.00ptg
Tempat:
Dewan Malaysia Productivity Corporation (MPC),
No.8, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor
Perasmian oleh:
YBhg Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob
Ketua Setiausaha
Kementerian Kerja Raya Malaysia



PENDAFTARAN SILA LAYARI ekursus.kkr.gov.my
Kursus adalah percuma

10 mata CCD

Wednesday, July 20, 2016

Majlis Aidilfitri PKMMNJ

Yang Di Pertua dan barisan kepimpinan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor, dengan segala hormat ta'zimnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Sambutan Aidilfitri 1437H PKMMNJ, pada 31 Julai 2016 (26 Syawal 1437H)  dari jam 11.00 am hingga 2.00 pm. Majlis akan diadakan di dewan PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, 81300 Skudai.

Kesudian Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan, meluangkan masa hadir ke Majlis yang tersebut di atas, adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, June 7, 2016

Mesyuarat Jawatankuasa & Pengerusi Daerah PKMMNJ (Sesi 2016-2019) kali yang kedua

Mesyuarat Jawatankuasa & Pengerusi Daerah PKMMNJ (Sesi 2016-2019) kali yang kedua, akan diadakan pada jam 10.00am, 14/6/2016 (Selasa) di Wisma PKMMNJ, Tmn U, JB. Pengukuran baju akan dibuat pada hari tersebut. Y.bhg Dato'/Tuan/Puan dipersilakan hadir.
Manakala mesyuarat / perjumpaan diantara JK Pengurusan PKMMNJ dgn Pengerusi biro kelas G1&G2 dan Pengerusi biro Wanita Negeri dan Daerah-Daerah akan diadakan pd jam 11.00 am pd tarikh dan tempat yang sama.

Thursday, May 26, 2016

Bpku Johor CSR

Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Negeri Johor mengundang dan mempersilakan kesemua Pengerusi-Pengerusi & barisan Jawatankuasa PKMMNJ seluruh Daerah dalam Negeri Johor, ke Program Khidmat Masyarakat BPKU Negeri Johor untuk menaiktaraf pagar Surau Kg Logah, Kg Jawa, Segamat dan membaikpulih Klinik Desa Gemereh, Segamat, Johor sebagaimana ketetapan berikut ;

Tarikh : 28 Mei 2016 mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Surau Kg Logah, Kg Jawa, Segamat & Klinik Desa Gemereh,Segamat, Johor.

Kedua-dua Majlis, turut dihadiri Yang Berbahagia Tuan Setiausaha Bahagian BPKU, Encik Zureen bin Zubir. Program menaiktaraf pagar Surau,(Di sebelah pagi) akan dirasmikan oleh YB Anuar bin Abd Manap, Ahli Parlimen Sekijang, manakala Program membaikpulih Klinik Desa Gemereh,(Sebelah petang) akan disempurnakan perasmiannya oleh Y.Bhg, Dato' Seri Dr. Chen Chew Min, Ketua Setiausaha Kementerian Ksihatan Malaysia.

Monday, May 9, 2016

Program BPKU Johor

BPKU Johor akan mengadakan
▪Kursus Asas Patuh Syariah pd ketetapan spt bkt:
Tarikh: 27/5/16 (Jumaat)
Tempat : Kolej Komuniti Segamat
Masa: 8.00am-5.00pm
Bayaran : PERCUMA
Mata CCD : 10 Mata
Makan: Disediakan
Kepada yg berminat blh mendaftar di http://ekursus.kkr.gov.my

▪Program Khidmat Masyarakat (CSR) Menaiktaraf Pagar Surau pd ketetapan spt bkt:
Tarikh: 28/5/16 (Sabtu)
Tempat : Surau Kg Logah, Kg Jawa, Segamat
Masa: 8.00am-5.00pm
Bayaran : PERCUMA
Mata CCD : 10 Mata
Makan: Disediakan
*Kepada yg berminat blh mendaftar semasa program dilaksanakan. Tidak perlu dftr ekursus (sila bawa bersama salinan sijil STB & SPKK)*
*Kerja undi akan dilaksanakan semasa program (terdapat beberapa kerja2 bwh RM 20,000.00)

CSR BPKU Johor

Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Johor dan PKMMNJ Daerah Segamat akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) di Kg Logah Kg Jawa Segamat pada 28 Mei 2016 ( Sabtu). Program yang dicadangkan ialah menyiapkan Projek Naik Taraf Pagar Surau Kg Logah Kg Jawa Segamat.
Baik pulih pagar ini masih kekurangan bahan binaan dalam tambahan 50 kaki untuk dibaik pulih dan dinaik taraf. Sekiranya pihak tuan ingin menyumbang penambahan pembinaan pagar tersebut boleh menghubungi Pengerusi Perhubungan PKMMNJ Daerah Segamat, Tuan Haji Mohd Ishak Idris di talian 0127231946.

Thursday, February 25, 2016

Mesyuarat Ajk PKMMNJ

Mesyuarat JK & Pengerusi Daerah PKMMNJ akan diadakan mulai jam 11 am, 3/3/16. Bertempat di bilik mesyuarat Wisma PKMMNJ, Tmn U, JB. Sesi bergambar diadakan selepas mesyuarat. (Pakaian kot/suit gelap). Kehadiran  amat diharapkan.

Monday, January 4, 2016

TPPA

Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengadakan sesi penerangan mengenai TPPA.  Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai manfaat ekonomi daripada keanggotaan Malaysia dalam Perjanjian TPP khususnya bagi kalangan agensi, industri, usahawan dan rakyat Negeri Johor amnya.  Sesi adalah seperti berikut  :

Tarikh : 10 Januari 2016 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Batu Pahat - Kota Tinggi Room, Level 7
33, Jalan Seladang, Taman Abad
80250 Johor Bahru, Johor