Sunday, November 11, 2012

HARI BERSAMA KONTRAKTOR PEMBINAAN BUMIPUTERA 2012

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Johor) akan mengadakan Hari Bersama Kontraktor Pembinaan Bumiputera 2012 pada jam 9 pagi hingga 2 petang, 14 November 2012 bertempat di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat. 

Tujuan program ini diadakan supaya memudahkan kontraktor Bumiputera berhampiran (Batu Pahat, Kluang, Muar, Ledang, Segamat dan Pontian) berurusan dengan CIDB Johor kh
ususnya berkaitan kekeliruan atau kesilapan yang mungkin wujud akibat berlakunya perubahan pendaftaran lesen kontraktor. Selain dari itu, sebarang kemusykilan atau permasalahan yang berhubungkait juga boleh diajukan semasa program tersebut.

Pihak kontraktor juga diminta membawa bersama Salinan Sijil PKK, Sijil CIDB (PKK dan SPKK), cop syarikat dan 'letter head' syarikat bagi tujuan pembetulan pada hari tersebut.

Bayaran sebanyak RM 20.00 dikenakan bagi setiap penyertaan. Pihak CIDB Johor akan menganugerahkan 10 mata CCD kepada mereka yang hadir. Keterangan lanjut, sla hubungi Encik Kamarul Azman Bin A. Razak, di talian 07-2344808 atau 019-73577065

Friday, November 2, 2012

BAJET 2013 - INDUSTRI PEMBINAAN


Industri pembinaan antara sektor yang menerima tempias daripada bajet ini dimana pelbagai peruntukan  telah diagihkan bagi melaksanakan projek-projek dipelbagai Kemneterian atau Agensi Kerajaan.

Antara intipati bajet 2013 berkenaan Industri Pembinaan adalah seperti berikut:
  • Sejumlah RM 49.70 billion daripada peruntukan iaitu RM 251.60 billion diperuntukan kepada belanja pembangunan
  • RM 30 billoin diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian  serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  • RM 500 Juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM 300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembentungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  • RM9 billion atay 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada kontraktor Bumiputra
  • Tambahan RM1 Billlion kepada Tabung Khas Pembinaan, Penmbahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan
  • Peruntukkan RM 6 billion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaikpulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediian kemudahan sukan
  • Peruntukkan RM 1.9 billion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Jabatan Perumahan Negara
  • Peruntukan RM 100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangkan dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
  • Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
  • Peruntukkan RM 80 Juta untuk projek pembinaan Velodrom Tertutup di Seremban dan Akademi Badminton di Bukit Kiara