Monday, November 30, 2015

Seminar Tanggungjawab Kontraktor Mencegah Dan Mengawal Wabak Demam Denggi Yang Berpunca Dari Tapak Bina

CIDB Johor dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor, akan menganjurkan Seminar Tanggungjawab Kontraktor Mencegah Dan Mengawal Wabak Demam Denggi Yang Berpunca Dari Tapak Bina, pada 10 Disember 2015 bertempat di Dewan MPC, Bandar Baru UDA, Johor Bahru.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 50.00 seorang. Peserta yang berkelayakan, layak memperolehi 10 mata CCD. Ahli-ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor, dialu-alukan bagi menyertai seminar ini. Akademi Binaan Malaysia ( Wilayah Selatan ) CIDB

Sunday, November 22, 2015

CSR BPKU dan PKMMNJ Kota Tinggi

Program khidmat masyarakat CSR BPKU Johor bersama PKMMNJ kota tinggi di kg.gembut tg.sedili kota tinggi

Wednesday, March 25, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor Kali yang ke -18

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor Kali yang ke -18, akan diadakan pada 5 April 2015, mulai jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Perdana PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, Taman Universiti, Johor Bahru.

Saturday, January 24, 2015

BPKU

Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan, BPKU (Dahulu dikenali sebagai PKK) memaklumkan bahawa semua kontraktor yang ingin menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh BPKU, dikehendaki membuat permohonan secara 'online' (atas talian). Pengisian borang 'online' ini boleh dilayari di portal rasmi Kementerian Kerjaraya, www.kkr.gov.my, kemudian klik di bahagian 'kontraktor dan usahawan' dan akhir sekali klik di bahagian 'Sistem Pendaftaran Kursus Kontraktor'.

Tuesday, January 20, 2015

Mesyuarat Ajk kali 1/2015

Mesyuarat Jawatankuasa & Pengerusi Perhubungan Daerah PKMMNJ kali pertama / 2015 akan diadakan pada jam 10.00 pagi, 26 Januari 2015 (Isnin) di bilik mesyuarat wisma PKMMNJ, Tmn U, JB. Barisan kepimpinan PKMMNJ dipersilakan hadir.