Monday, June 10, 2013

SEMINAR PENJANAAN USAHAWAN IBS BUMIPUTERA - 20/6/2013

Kementerian Kerja Raya Malaysia (Bhg. Pembangunan Usahawan) dengan kerjasama CIDB & pengeluar IBS Bumiputera akan menganjurkan Seminar Penjanaan Usahawan IBS Bumiputera mulai jam 8.30 pagi, 20 Jun 2013 bertempat di Auditorium Hang Kasturi, Aras 2, Bangunan Yayasan Melaka, Jalan MITC, Ayer Keroh Melaka. Yuran penyertaan PERCUMA. Peserta layak peroleh 10 mata CCD. Sila faxkan jawapan penyertaan dengan menghantar nama, nama syarikat, alamat, no. telefon dan no. kad pengenalan ke talian 07-2236539 pada atau sebelum 12 Jun 2013

Tuesday, June 4, 2013

AGM PKMMNJ KALI KE 16 - 29/6/2013

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor kali yang ke - 16, akan diadakan pada hari Sabtu, 29 Jun 2013 muilai jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Perdana Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, Johor Bahru. Semua ahli-ahli PKMMNJ yang telah menjelaskan yuran tahunan bagi tahun 2012 pada atau sebelum 31 Disember 2012, dengan segala hormatnya dijemput menghadiri mesyuarat yang tersebut di atas. Sekian terima kasih.

MESYUARAT KHAS AJK PKMMNJ - 11/6/2013

Mesyuarat Khas AJK PKKMNJ akan diadakan pada 11/6/2013, Hari Selasa, jam 2.45 petang di Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, Johor Bahru. Kehadiran di hargai.