Sunday, April 23, 2017

Seminar kejuruteraan Paip

BPKU dengan kerjasama PKMMNJ akan mengadakan Seminar Kejuruteraan Paip dan Perancah pada 17/5/17 mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Seminar akan diadakan di ;
Bayu Marina Resort,
2, Jln Bayu Puteri 1,
Tmn Bayu Puteri,
80150 Johor Bahru.

Peserta layak peroleh 10 mata CCD

Yuran penyertaan RM 50.00. Bayaran hendaklah di bank in kan kedalam akaun Persatuan (CIMB), No. 8005822360. Kemudian resit bayaran serta nama peserta hendaklah diberikan kpd Pengerusi Daerah atau difaxkan ke pejabat PKMMNJ selewat lewatnya pada 5/5/17.

Terima kasih.

Tuesday, April 18, 2017

AGM PKMMNJ dan EGM KKMJB

Mesyuarat Agung Tahunan PKMMNJ akan diadakan pada jam 11.00 pagi, 20 April 2017, bertempat di Dewan PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, No 1, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, Skudai, Johor Darul Ta'zim. Ahli2 PKMMNJ di jemput hadir. Mesyuarat Agung Khas KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU JOHOR BERHAD, juga akan di adakan pada jam 9.30 pagi, 20 April 2017, di tempat yang sama. Kehadiran di hargai.

Monday, April 17, 2017

Koperasi Kontraktor Melayu Johor Berhad

Ahli2 PKMMNJ dan ahli keluarga yang berminat utk membeli saham KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU JOHOR BERHAD dengan syer sebanyak RM 1,000.00 dan yuran pendaftaran RM 70.00 ,  boleh menghubungi wakil2 Daerah sebagaimana berikut: (1) JB - Pak Lah 019 7770435 / 016 7166515 (2) Ptn - Hj Ahmad Yahya 0137308932 (3) BP - Hj Sadikin 019 7739009 (4) MR - Hj NurHalim  0196285556 (5) TGK Zabridin 0q26629680 (6) SGT Rohaizat 0197128949 (7) KLG Zolkefli 0197767225 (8) MSG Ishak Awang 0137700095 (9) KU  Hanafia 0137227474 (10) KT Hj Shaharudin 0197698796

Wednesday, April 12, 2017

Taklimat projek lebuhraya

SESI TAKLIMAT PELUANG-PELUANG PAKEJ KERJA BAGI PROJEK-PROJEK LEBUHRAYA DI BAWAH SELIAAN LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA DI BAWAH INISIATIF ‘CARVE-OUT & COMPETE’      

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.              Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Peneraju Agenda Bumiputera Jabatan Perdana Menteri (TERAJU) ingin menjemput pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi taklimat peluang-peluang pakej kerja bagi projek-projek lebuhraya di bawah seliaan Lembaga Lebuh Raya Malaysia di bawah inisiatif program Carve-Out & Compete, TERAJU bersempena Majlis Pelancaran ‘Memacu Agenda Bumiputera 2017’ yang akan diadakan pada 18 dan 19 April 2017 di Hall 1 & 2, Aras 1, Pusat Konvensyen  Kuala Lumpur.

3.              Sesi taklimat yang akan diadakan bertujuan untuk memastikan syarikat-syarikat Bumiputera mendapat pendedahan awal dan penerangan terperinci mengenai projek-projek lebuhraya yang sedang dan akan dilaksanakan di samping mendapat maklumat mengenai kriteria kelayakan mengikut saiz pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat.

4.              Sehubungan itu, pihak TERAJU dengan segala hormatnya ingin menjemput YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi di atas seperti di ketetapan berikut :

TARIKH                        :           19 APRIL 2017 (RABU)
MASA                          :           8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT                      :           ARAS 3, BANQUET HALL, PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR.

NAMA PROJEK           :           1.         SETIAWANGSA – PANTAI EXPRESSWAY (SPE)
2.         WEST COAST EXPRESSWAY (TAIPING BANTING)(WCE)
3.         EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY (EKVE)
4.         DAMANSARA SHAH ALAM ELEVATED EXPRESSWAY (DASH)
5.         LEBUHRAYA SUNGEI BESI- ULU KLANG ELEVATED EXPRESSWAY (SUKE)
6.         MAJU EKSPRESS HIGHWAY 2 (MEX 2)

Sila rujuk Agenda di Lampiran B

5.              Adalah diharapkan pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dapat menghadirkan diri ke sesi berkenaan dan pihak kami memohon mengesahkan kehadiran dengan mengembalikan borang pengesahan kehadiran seperti di Lampiran C melalui email atau click RSVP sebelum atau pada hari Selasa, 11 April 2017.

6.         Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Wan Sazriz Wan Zaid (No Tel: 03-7839 8091/ E-mel: sazriz@teraju.gov.my) atau Puan Farisyah Fahmi Ibrahim (No Tel: 03-7839 8069/ E-mel: farisyah@teraju.gov.my). Kerjasama daripada YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.