Tuesday, November 29, 2011

KAD KEAHLIAN PKMMNJ

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) melalui Biro Keahlian dan PKK, sedang dalam proses menyediakan kad keahlian kesemua ahli-ahli PKMM. Sehubungan dengan itu, semua ahli-ahli PKMM dalam negeri Johor diminta memajukan gambar ukuran paspot yang dicatitkan nama di bahagian belakang gambar tersebut ke ibu pejabat PKMMNJ yang beralamat di No. 17 A & 17 B, Jalan Budaya, Taman Budaya, 83000 Batu Pahat, sebelum 20 November 2011. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-4335497 atau 07-4385498

Monday, November 21, 2011

HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI AL MARHUM SULTAN ISKANDAR


Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan yang Di Pertuan bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Takzim, " SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG KE 53" .

Tuesday, November 15, 2011

JAMUAN TEH SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR

JEMPUTAN MELALUI SUK JOHOR: Menjunjuing titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,Sultan dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, Dijemput ke Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeran DYMM Sultan Johor pada 2.30 ptg, 22hb Nov. 2011, di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Pakaian Kemas. Kehadiran di hargai