Thursday, July 6, 2017

Mesyuarat Khas AJK PKMMNJ

Mesyuarat Khas Jawatankuasa PKMMNJ mengenai Penyelarasan Persiapan Majlis Sambutan Aidilfitri PKMMNJ dan Majlis Perasmian Koperasi serta Majlis Cabutan Undi akan diadakan bertempat di bilik mesyuarat PKMMNJ pada jam 11.00 am, 13/7/2017. AJK dan Pengerusi Daerah dipersilakan hadir.

Tuesday, July 4, 2017

Permohonan Taraf Bumiputera

Makluman

"Mulai 4 Julai 2017, semua permohonan Sijil Taraf Bumiputera hendaklah dibuat melalui sistem atas talian (online) seperti di pautan berikut: cims.cidb.gov.my atau melalui pautan di laman sesawang CIDB."

Sunday, July 2, 2017

Majlis Perlancaran koperasi, Cabutan Undi dan Sambutan Aidil Fitri PKMMNJ

Majlis Perlancaran Koperasi KKMJB, Cabutan Undi Fasa 2 dan Sambutan Aidil Fitri PKMMNJ akan di adakan jam 10 pg, 16 Julai 2017, Hari Ahad, bertempat di Dewan Perdana PKMMNJ, No1A, Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, JB. Pendaftaran Undi dari jam 8pg - 9.30pg. Majlis akan di sempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor . Kehadiran Ahli2 PKMMNJ, adalah di hargai.

Saturday, June 17, 2017

Sistem Online CIDB

NOTIS PEMBERITAHUAN

SISTEM ONLINE CIDB DITUTUP SEMENTARA  23 JUN – 3 JULAI

CIDB Malaysia akan memperkenalkan sistem permohonan atas talian yang baru untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatannya.  Sistem Pengurusan Maklumat Setempat (Centralised Information Management System - CIMS) itu akan diperkenalkan pada  4 Julai 2017.

Oleh yang demikian, semua proses permohonan dan transaksi atas talian akan ditutup bermula 23 Jun 2017, jam 6 petang untuk proses migrasi data dan akan dibuka semula pada 4 Julai 2017.

Sila hubungi CIDB Careline pada talian 1-300-88-2432 untuk sebarang pertanyaan.

Bahagian Komunikasi Korporat
CIDB Malaysia

Thursday, June 15, 2017

Taklimat IDJ

Harap kontraktor2 yg mendapat undian kerja IDJ sahaja yg perlu hadir ke Pejabat PKMMNJ pada Hari Ahad utk ambil BQ dan wajib menyertai taklimat di Pejabat Operasi IDJ Yong Peng (BP Dan Kluang) pada jam 11.00 pg  19/6/17 dan Pejabat Operasi IDJ Tangkak (Muar, Tgk, Segt) jam 11pg 20/6/17. Sila bawa salinan lesen cidb pada Hari Ahad di PKMMNJ dan juga satu lagi salinan di taklimat IDJ. Kerjasama di hargau

Wednesday, June 14, 2017

Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa

Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa PKMM D.Tgk & KOPMEL bersama Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Ledang pada 17.06.2017 (sabtu) jam 5.30 ptg bertempat di Pejabat KOPMEL....
Kepada sesiapa yang berhajat utk memberi sumbangan utk majlis berbuka dan kepada Anak Yatim Ledang sila hubungi Pn.Sarina ditalian 06-9783719 @ 019-6265828 & sila maklumkan kehadiran..Sekian t.kasih
Aturcara Majlis :
5.30 ptg   - Kehadiran
                  - Majlis Tahlil
7.19 mlm - Berbuka Puasa
                  - Solat Maghrib
                     Berjemaah
                  - Jamuan Makan      
                     Malam
                  - Ucapan
                  - Penyampaian
                     Sumbangan
                  - Bersurai

Thursday, June 8, 2017

Kerja Undi PKMMNJ

Kelayakan undian pada 12hb Jun 2017 adalah ahli2 PKMMNJ yg berbayar yuran 2015 dan 2016 dan menjadi ahli Koperasi. Ahli2 PKMMNJ yg mempunyai yuran tertunggak, sila jelaskan dengan kadar segera.

Sunday, May 28, 2017

Pertemuan PKMMNJ Daerah Muar

YDP dan jawatankuasa PKMMNJ akan mengadakan pertemuan & dialog mesra dgn ahli-ahli PKMMNJ Daerah Muar mulai jam 10.00 pagi, 31/5/2017. Pertemuan akan diadakan di Bangunan UMNO Muar, Jln Mariam, Muar. Tuan/puan dijemput sama menyertai pertemuan.

Tuesday, May 2, 2017

Socso

SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.

Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.

“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.

“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.

“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.

"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.

Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.

“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.

“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.

"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.

Kongsi berita ini
-bermanfaat bg mereka yg layak dan memerlukan..
-boleh sampaikan kpd keluarga,saudara & sahabat2 tdekat..

Sunday, April 23, 2017

Seminar kejuruteraan Paip

BPKU dengan kerjasama PKMMNJ akan mengadakan Seminar Kejuruteraan Paip dan Perancah pada 17/5/17 mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Seminar akan diadakan di ;
Bayu Marina Resort,
2, Jln Bayu Puteri 1,
Tmn Bayu Puteri,
80150 Johor Bahru.

Peserta layak peroleh 10 mata CCD

Yuran penyertaan RM 50.00. Bayaran hendaklah di bank in kan kedalam akaun Persatuan (CIMB), No. 8005822360. Kemudian resit bayaran serta nama peserta hendaklah diberikan kpd Pengerusi Daerah atau difaxkan ke pejabat PKMMNJ selewat lewatnya pada 5/5/17.

Terima kasih.

Tuesday, April 18, 2017

AGM PKMMNJ dan EGM KKMJB

Mesyuarat Agung Tahunan PKMMNJ akan diadakan pada jam 11.00 pagi, 20 April 2017, bertempat di Dewan PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, No 1, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, Skudai, Johor Darul Ta'zim. Ahli2 PKMMNJ di jemput hadir. Mesyuarat Agung Khas KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU JOHOR BERHAD, juga akan di adakan pada jam 9.30 pagi, 20 April 2017, di tempat yang sama. Kehadiran di hargai.

Monday, April 17, 2017

Koperasi Kontraktor Melayu Johor Berhad

Ahli2 PKMMNJ dan ahli keluarga yang berminat utk membeli saham KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU JOHOR BERHAD dengan syer sebanyak RM 1,000.00 dan yuran pendaftaran RM 70.00 ,  boleh menghubungi wakil2 Daerah sebagaimana berikut: (1) JB - Pak Lah 019 7770435 / 016 7166515 (2) Ptn - Hj Ahmad Yahya 0137308932 (3) BP - Hj Sadikin 019 7739009 (4) MR - Hj NurHalim  0196285556 (5) TGK Zabridin 0q26629680 (6) SGT Rohaizat 0197128949 (7) KLG Zolkefli 0197767225 (8) MSG Ishak Awang 0137700095 (9) KU  Hanafia 0137227474 (10) KT Hj Shaharudin 0197698796

Wednesday, April 12, 2017

Taklimat projek lebuhraya

SESI TAKLIMAT PELUANG-PELUANG PAKEJ KERJA BAGI PROJEK-PROJEK LEBUHRAYA DI BAWAH SELIAAN LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA DI BAWAH INISIATIF ‘CARVE-OUT & COMPETE’      

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.              Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Peneraju Agenda Bumiputera Jabatan Perdana Menteri (TERAJU) ingin menjemput pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi taklimat peluang-peluang pakej kerja bagi projek-projek lebuhraya di bawah seliaan Lembaga Lebuh Raya Malaysia di bawah inisiatif program Carve-Out & Compete, TERAJU bersempena Majlis Pelancaran ‘Memacu Agenda Bumiputera 2017’ yang akan diadakan pada 18 dan 19 April 2017 di Hall 1 & 2, Aras 1, Pusat Konvensyen  Kuala Lumpur.

3.              Sesi taklimat yang akan diadakan bertujuan untuk memastikan syarikat-syarikat Bumiputera mendapat pendedahan awal dan penerangan terperinci mengenai projek-projek lebuhraya yang sedang dan akan dilaksanakan di samping mendapat maklumat mengenai kriteria kelayakan mengikut saiz pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat.

4.              Sehubungan itu, pihak TERAJU dengan segala hormatnya ingin menjemput YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi di atas seperti di ketetapan berikut :

TARIKH                        :           19 APRIL 2017 (RABU)
MASA                          :           8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT                      :           ARAS 3, BANQUET HALL, PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR.

NAMA PROJEK           :           1.         SETIAWANGSA – PANTAI EXPRESSWAY (SPE)
2.         WEST COAST EXPRESSWAY (TAIPING BANTING)(WCE)
3.         EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY (EKVE)
4.         DAMANSARA SHAH ALAM ELEVATED EXPRESSWAY (DASH)
5.         LEBUHRAYA SUNGEI BESI- ULU KLANG ELEVATED EXPRESSWAY (SUKE)
6.         MAJU EKSPRESS HIGHWAY 2 (MEX 2)

Sila rujuk Agenda di Lampiran B

5.              Adalah diharapkan pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dapat menghadirkan diri ke sesi berkenaan dan pihak kami memohon mengesahkan kehadiran dengan mengembalikan borang pengesahan kehadiran seperti di Lampiran C melalui email atau click RSVP sebelum atau pada hari Selasa, 11 April 2017.

6.         Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Wan Sazriz Wan Zaid (No Tel: 03-7839 8091/ E-mel: sazriz@teraju.gov.my) atau Puan Farisyah Fahmi Ibrahim (No Tel: 03-7839 8069/ E-mel: farisyah@teraju.gov.my). Kerjasama daripada YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Friday, March 31, 2017

Mesyuarat Khas Ajk

Mesyuarat Khas Jawatankuasa & Pengerusi Daerah PKMMNJ kali kedua bagi membincangkan persiapan utk mengadakan Mesyuarat Agung PKMMNJ kali ke 20, akan diadakan pada 5/4/2017 (Rabu) mulai jam 11.00 am.

Wednesday, March 22, 2017

Kursus CIDB

PKMM Daerah.Tangkak akan mengadakan kursus CIDB seperti berikut :-
Tajuk : Site Planning
Tarikh : 31/03/2017 (jumaat)..jika ada perubahan tarikh akan diberitahu
Masa : 9.00pg - 4.00ptg
Tempat : Pejabat KOPMEL, No.166, Tkt.Bawah, Jln Muar, Tangkak
Bayaran : RM 150.00 sorg
Mata : 10 MATA CCD
Berminat sila hubungi Pn.Sarina ditalian 019-6265828 @ 06-9783719...tempat terhad.

Wednesday, March 8, 2017

Yuran Tahunan

Ahli2 PKMMNJ yang belum membayar yuran tahunan dengan kadar segera. Mesyuarat Agung Tahunan di jangkakan akan di adakan pada 20 April 2017 di Dewan PKMMNJ, No 1A, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, 81300 Skudai. Harap maklum

Tuesday, March 7, 2017

Mesyuarat khas AJK

Mesyuarat Khas Jawatankuasa & Pengerusi Daerah PKMMNJ bagi membincangkan persiapan utk mengadakan Mesyuarat Agung & Majlis perasmian koperasi akan diadakan pada 9/3/2017 (Khamis) ini pada jam 9.30 am.

Wednesday, February 22, 2017

Kursus CIDB

PKMM Daerah.Tangkak akan mengadakan kursus CIDB seperti berikut :-
Tajuk : Building & Maintenance
Tarikh : 24/02/2017 (jumaat)..
Masa : 9.00pg - 4.00ptg
Tempat : Pejabat KOPMEL, No.166, Tkt.Bawah, Jln Muar, Tangkak
Bayaran : RM 150.00 sorg
Mata : 10 MATA CCD
Berminat sila hubungi Pn.Sarina ditalian 019-6265828 @ 06-9783719...tempat terhad.

Wednesday, January 25, 2017

Yuran tahunan PKMMNJ

Ahli-ahli PKMMNJ dipinta untuk menjelaskan yuran keahlian tahunan dengan kadar segera. Satu taklimat bagi penawaran saham Koperasi Kontraktor Melayu Berhad akan diadakan pada bulan Feb. 2017. Sebarang maklumat, sila berhubung dengan En. Azadin 0196156584.

Monday, January 23, 2017

Mesyuarat Agung Tahunan KOMEJ kali ke 17

Mesyuarat Agung Tahunan KOMEJ kali ke 17 akan diadakan pada jam 10.30 pagi, pada 26/1/17 (Khamis) Di Dewan PerdanaPKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21, Tmn Universiti, Johor Bahru. Kehadiran ahli2 KOMEJ di hargai.

Mesyuarat AJK & Pengerusi Daerah PKMMNJ

Mesyuarat AJK & Pengerusi Daerah PKMMNJ kali ke Lima akan diadakan pada jam 12 tgh, pada 26/1/17 (Khamis) Di bilik Mesyuarat PKMMNJ, Tmn Universiti, Johor Bahru. Kehadiran di hargai.