Thursday, February 27, 2014

MESYUARAT KHAS AJK PKMMNJ (21/2/14)







Majlis Perasmian Wisma PKMMNJ

Kesemua ahli-ahli PKMMNJ dijemput menghadiri Majlis Perasmian Wisma PKMMNJ di Taman Universiti, Johor Bahru oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, pada jam 2.00 petang, 2 Mac 2014. Ahli-ahli yang hadir juga berpeluang untuk menyertai CABUTAN UNDI PROJEK yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar sejurus selesai majlis perasmian Wisma PKMMNJ. Cabutan undi ini akan dikelolakan oleh pihak IDJ. Keterangan lanjut berhubung Majlis Cabutan undi, boleh diperolehi dari pihak IDJ

CERAMAH HARTA PUSAKA ISLAM

CERAMAH HARTA PUSAKA ISLAM

Dengan segala hormatnya, Tuan/puan dijemput untuk hadir ke Ceramah Harta Pusaka Islam yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 8hb Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dewan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar
Yuran : Percuma (Sarapan ada disediakan)

Untuk pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi / sms / whatsapp sekretariat ceramah di talian 07-2355993/2300551, 019-7228769 (Hanisah), 019-3661551 (Faizal) atau 013-6147813 (Syamsinar).

Wednesday, February 19, 2014

Mesyuarat Khas AJK PKMMNJ

Mesyuarat Khas AJK PKMMNJ akan di adakan pada Hari Jumaat 21/2/2014, jam 10.00 pagi bertempat di Bilek Mesyuarat, PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan, Taman Universiti, Skudai bagi membincangkan Majlis Perasmian Wisma PKMMNJ oleh YAB Menteri Besar Johor yang di jangkakan akan diadakan pada 2/3/2014 ( Hari Ahad). Kehadiran AJK amatlah di hargai.

Thursday, February 13, 2014

MOHON BANTUAN KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ

MOHON BANTUAN KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ : Satu kejadian kebakaran telah berlaku di Maahad Tahfiz Muhammadiah jam 10 malam tadi, di Jalan Pintas, Bukit Rangin, Kuantan. Maahad ini menempatkan 18 orang pelajar dari kalangan fakir miskin dan anak2 yatim. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Sumbangan dan derma amat2 diperlukan terutamanya pakaian kanak2 lelaki berumur 6-15 tahun. Saluran bantuan kewangan kepada Madrasah tersebut boleh menggunakan No Akaun MAHAAD TAHFIZH MUHAMMADI , Bank Muamalat 0601 - 0002791 -71-2 atau hubungi Ustaz Tengku Muhammad Tengku Jaafar 013 9380762, 09 5366409.