Thursday, May 26, 2016

Bpku Johor CSR

Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Negeri Johor mengundang dan mempersilakan kesemua Pengerusi-Pengerusi & barisan Jawatankuasa PKMMNJ seluruh Daerah dalam Negeri Johor, ke Program Khidmat Masyarakat BPKU Negeri Johor untuk menaiktaraf pagar Surau Kg Logah, Kg Jawa, Segamat dan membaikpulih Klinik Desa Gemereh, Segamat, Johor sebagaimana ketetapan berikut ;

Tarikh : 28 Mei 2016 mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Surau Kg Logah, Kg Jawa, Segamat & Klinik Desa Gemereh,Segamat, Johor.

Kedua-dua Majlis, turut dihadiri Yang Berbahagia Tuan Setiausaha Bahagian BPKU, Encik Zureen bin Zubir. Program menaiktaraf pagar Surau,(Di sebelah pagi) akan dirasmikan oleh YB Anuar bin Abd Manap, Ahli Parlimen Sekijang, manakala Program membaikpulih Klinik Desa Gemereh,(Sebelah petang) akan disempurnakan perasmiannya oleh Y.Bhg, Dato' Seri Dr. Chen Chew Min, Ketua Setiausaha Kementerian Ksihatan Malaysia.

Monday, May 9, 2016

Program BPKU Johor

BPKU Johor akan mengadakan
▪Kursus Asas Patuh Syariah pd ketetapan spt bkt:
Tarikh: 27/5/16 (Jumaat)
Tempat : Kolej Komuniti Segamat
Masa: 8.00am-5.00pm
Bayaran : PERCUMA
Mata CCD : 10 Mata
Makan: Disediakan
Kepada yg berminat blh mendaftar di http://ekursus.kkr.gov.my

▪Program Khidmat Masyarakat (CSR) Menaiktaraf Pagar Surau pd ketetapan spt bkt:
Tarikh: 28/5/16 (Sabtu)
Tempat : Surau Kg Logah, Kg Jawa, Segamat
Masa: 8.00am-5.00pm
Bayaran : PERCUMA
Mata CCD : 10 Mata
Makan: Disediakan
*Kepada yg berminat blh mendaftar semasa program dilaksanakan. Tidak perlu dftr ekursus (sila bawa bersama salinan sijil STB & SPKK)*
*Kerja undi akan dilaksanakan semasa program (terdapat beberapa kerja2 bwh RM 20,000.00)

CSR BPKU Johor

Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Johor dan PKMMNJ Daerah Segamat akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) di Kg Logah Kg Jawa Segamat pada 28 Mei 2016 ( Sabtu). Program yang dicadangkan ialah menyiapkan Projek Naik Taraf Pagar Surau Kg Logah Kg Jawa Segamat.
Baik pulih pagar ini masih kekurangan bahan binaan dalam tambahan 50 kaki untuk dibaik pulih dan dinaik taraf. Sekiranya pihak tuan ingin menyumbang penambahan pembinaan pagar tersebut boleh menghubungi Pengerusi Perhubungan PKMMNJ Daerah Segamat, Tuan Haji Mohd Ishak Idris di talian 0127231946.